MTUC Mahu DOSH Siasat Kematian Akibat Kemalangan Di Tempat Kerja

Diterbitkan: Isnin, 3 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menggesa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) melakukan siasatan segera berhubung tiga kemalangan di tempat kerja membabitkan kematian di Lembah Klang baru-baru ini.

Naib Presidennya A. Balasubramaniam berkata, DOSH harus mengambil tindakan tegas terhadap majikan jika wujud unsur kecuaian dalam ketiga-tiga kes berkenaan.

Mereka yang bersalah harus dibawa ke muka pengadilan, katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Dalam kejadian pertama kira-kira sebulan lalu, seorang lelaki terbunuh apabila keretanya ditimpa objek yang jatuh daripada sebuah kren di kawasan pembinaan di Subang, manakala kejadian kedua membabitkan sebuah lori yang mengangkut beban berat terbalik dan membunuh seorang pengguna jalan raya.

Kejadian ketiga membabitkan seorang pekerja warga asing yang maut selepas dihempap kontena di Westports, Pelabuhan Klang. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan