DAP Sabah Mahu Ketua Menteri Beri Penjelasan Berhubung Sekatan Masuk Pemimpin Pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 3 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong menggesa Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman supaya memberi penjelasan sekiranya beliau mengarahkan sekatan terhadap empat pemimpin Pakatan Rakyat dan pengerusi Bersih, Datuk Seri Ambiga Sreenavasan daripada memasuki negeri itu.

Wong berkata, beliau menerima satu salinan surat – yang diserahkan oleh Jabatan Ketua Menteri kepada Pengarah Imigresen negeri bagi menyekat kemasukan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ambiga.

Beliau mendakwa bahawa surat bertarikh 21 Mei 2013 mengarahkan pengarah imigresen itu supaya menyekat kemasukan kelima-lima individu tersebut daripada memasuki Sabah berdasarkan keputusan kabinet negeri pada 15 Mei.

“Saya mahu tahu sekiranya surat tersebut adalah asli. Jika ya, Ketua Menteri perlu memberi penjelasan yang rasional dengan membuat keputusan untuk menyekat kemasukan tokoh-tokoh pembangkang ke negeri ini,” kata Wong pada Isnin.

Nurul yang tiba untuk menghadiri sambutan Kaamatan telah dihalang daripada memasuki Sabah pada 30 Mei dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan berikutnya.

Musa berkata, sekatan terhadap Nurul tidak bermotifkan politik tetapi bertujuan untuk memelihara keamanan dan keharmonian di negeri itu.

Wong mendakwa “menghantar pulang” Nurul itu bermotifkan politik.

Lim berkunjung ke Sabah pada 22 Mei lalu bagi majlis makan malam kesyukuran partinya walaupun tarikh surat yang ditujukan itu adalah 21 Mei.

Beliau tidak disekat masuk, dan Wong percaya bahawa Lim datang ke Sabah sebelum pelaksanaan memo tersebut.

Di bawah Akta Imigresen, Sabah boleh mengadakan sekatan dan menghalang mereka daripada memasuki negeri itu.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan