Karpal Bidas ROS Dedah Maklumat Siasatan

Diterbitkan: Ahad, 2 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak perlu mendedahkan maklumat siasatan terhadap parti itu sehingga siasatan selesai.

Beliau berkata ia adalah sangat tidak wajar Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman membuat pendedahan berhubung maklumat siasatan.

"Ia secara terbuka telah menyatakan bahawa DAP salah kerana menafikan kehadiran beberapa ahli ke kongres parti itu di Pulau Pinang pada 15 Disember tahun lepas. Anda tidak boleh membuat pendedahan awam seperti ini. Kenyataan hendaklah dibuat pada akhir siasatan itu.

"Saya fikir tindakannya sangat tidak wajar. Saya harap dia tidak akan membuat komen lanjut sehingga siasatan itu telah selesai dan keputusan telah dibuat oleh ROS," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Air Itam, Sabtu.

DAP meminta ROS tidak terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan bahawa ahli-ahli parti tidak dimaklumkan mengenai kongres dengan betul.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata ROS telah menghantar satu surat pada Khamis meminta lebih banyak dokumen untuk siasatan lanjut.

Katanya, beliau terkejut dengan kenyataan Abdul Rahman yang mengatakan bahawa ramai ahli-ahli DAP tidak menerima notis mengenai kongres walaupun mereka layak hadir.

Karpal Singh berkata setakat ini DAP tidak ada penipuan dalam apa jua bentuk dalam proses pemilihan yang membawa kepada pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat di kongres itu.

"Ia adalah masalah teknikal dan telah dijelaskan kepada ROS," katanya.

Beliau menambah parti itu kini dalam proses untuk membekalkan dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan oleh ROS.

Beliau juga menggesa ROS untuk menyelesaikan siasatan itu tidak lama lagi, sebaik-baiknya sebelum angkat sumpah ahli Parlimen apabila Parlimen bersidang pada 24 Jun.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan