Kadar Cukai Baru Kepada Rakyat Asing Yang Memiliki Hartanah di Johor – Khaled

Diterbitkan: Ahad, 2 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BARU: Kerajaan negeri Johor akan mengenakan kadar cukai yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 rakyat asig yang memiliki hartanah di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kadar tersebut masih dalam perbincangan dan kadar baru itu akan dilaksanakan menjelang penghujung tahun ini.

"Saya percaya ramai penduduk tempatan bersetuju dengan polisi baru dan ini dilaksanakan bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri," katanya pada sidang media sebelum mengadakan tinjauan mesra di Permas dekat sini pada Ahad.

Mohamed Khaled berkata penilaian semula pelaksanaan akan dijalankan di seluruh negeri kerana ia kali terakhir penilaian formal dibuat pada tahun 80an.

"Beberapa majlis perbandaran telah menjalankan penilaian hartanah sejak beberapa tahun lalu termasuk Majlis Bandaraya Johor Baru (MBBJ) yang kali terakhir membuat penilaian hartanah pada 1991.

"Pembayar cukai tidak perlu bimbang mengenai penilaian berkenaan kerana kadar cukai harta akan dikekalkan untuk hartanah yang bernilai rendah," katanya sambil menambah bahawa cukai yang lebih tinggi mungkin dikenakan bagi pemilikan hartanah yang bernilai jutaan ringgit.

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri tidak mempunyai niat untuk menambahkan beban kewangan orang ramai sebaliknya mereka perlu meningkatkan hasil yang lebih tinggi dalam usaha memastikan majlis perbandaran dapat menyediakan infrastruktur serta perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk tempatan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan