Jenice Lee Akan Bawa DAP Ke Mahkamah Berhubung Isu Pemecatannya

Diterbitkan: Ahad, 2 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PANDAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee akan membawa hal pemecatannya dari DAP ke mahkamah dengan mendakwannya sebagai tidak sah.

Lee berkata, beliau akan mendapatkan pengisytiharan mengenai pemecatannya secara automatik selepas bertanding sebagai calon bebas adalah tidak sah kerana tidak dimaklumkan dengan sewajarnya.

“Saya langsung tidak boleh hadir pada mana-mana majlis atau mesyuarat. Prosedur yang betul adalah memberi surat pemecatan saya.

“Ia tidak adil bagi saya,” katanya, yang menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli seumur hidup dalam parti itu.

Parti itu memberikan amaran kepada sesiapa yang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum lalu akan dipecat serta-merta, walaupun mereka sepatutnya diberikan 14 hari untuk rayuan.

Beliau tidak mengemukakan rayuan.

Pada sidang media pada Sabtu, beliau mempersoalkan kepimpinan parti mengenai isu “dwi standard” berhubung bagaimana mereka memberi layanan kepada anggota parti dengan isu-isu integriti.

“Jika mereka cuba untuk menggunakan alasan integriti untuk menjatuhkan saya, maka mereka perlu menggunakan standard yang sama dan mengamalkannya pada Adun yang baru, Tiew Way Keng,” katanya.

Beliau berkata, Tiew yang merupakan ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) telah memilih firma guaman Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bagi menguruskan suatu perkara pada 2010.

Lee mendakwa bahawa Lim telah menaikkan yuran perundangannya dari RM15,000 kepada RM55,000, dan Tiw melantik firma Lim iaitu Messrs Stella, Lim & Co untuk mewakilili majlis perbandaran tempatan.

Bagaimanapun, pada 14 Mei tahun lepas, MBPJ menafikan firma Lim dibayar RM55,000 untuk tugas itu, dan berkata bukan Tiew yang melantik firma itu, tetapi datuk bandar.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP dan Ketua Jawatankuasa Disiplin, Tan Kok Wai berkata, beliau tiada “apa-apa lagi yang mahu diperkatakan mengenai Lee”.

“Saya memilih untuk tidak membalas apa-apa lagi. Saya tidak mahu membazirkan masa saya. Apa yang saya tahu, dia bukan lagi anggota DAP,” katanya ketika dihubungi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan