Halang Kemasukan Nurul Izzah Bermotifkan Politik - Sivarasa

Diterbitkan: Ahad, 2 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

R Sivarasa.
R Sivarasa.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Sabah menyalahgunakan kuasanya atas sebab-sebab politik dalam menyekat kemasukan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, kata naib presiden parti dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Nurul Izzah merupakan yang terbaru di kalangan pemimpin dan penyokong pembangkang yang dilarang memasuki negeri itu selepas beliau dikenakan sekatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis lepas.

Beliau dikatakan melawat Sabah untuk sambutan Pesta Kaamatan yang berlangsung selama sebulan.

Di bawah undang-undang Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa khas untuk menafikan kemasukan pelawat dari Semenanjung Malaysia.

Nurul Izzah, yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau akan mencabar larangan kemasukan itu di mahkamah.

Siravarasa mengkritik kerajaan negeri kerana menyalahgunakan kuasanya atas sebab-sebab politik.

Di bawah seksyen 67 Akta Imigresen, pihak berkuasa negeri Sabah dan Sarawak tidak boleh menafikan kemasukan seseorang sekiranya mereka memasuki negeri itu untuk tujuan melibatkan diri dalam kegiatan politik yang sah,” katanya kepada The Star Online.

Beliau menambah, sementara pembangkang tidak mempersoalkan autonomi Sabah atau Sarawak, kuasa untuk melarang rakyat Malaysia telah disalahgunakan dengan bermotifkan politik.

Aktivis politik, Haris Ibrahim yang sebelum ini juga dilarang masuk ke Sabah dan Sarawak membangkitkan sentimen Sivarasa.

“Nurul Izzah mungkin seorang anggota pembangkang, tetapi beliau adalah seorang ahli politik negara. Ia sesuatu yang tidak boleh diterima untuk menghalang beliau dengan tiada sebab yang diberikan,” katanya.

“Apa yang mereka lakukan kepada Nurul pernah berlaku. Ia sesuatu yang tidak mengejutkan kita. Mereka menyalahgunakan kuasa mereka atas sebab-sebab yang mementingkan diri sendiri.”

Haris tidak dibenarkan masuk pada 2011 apabila beliau mengetuai Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM).

Beliau mendakwa apabila tiba di Kuala Lumpur, beliau mendapti kunci bagasinya telah dibuka dan beg pakaiannya rosak.

Tahun lepas, Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Ahmad Syukri Abdul Razak tidak dibenarkan masuk ke Sabah walaupun ia merupakan negeri kelahirannya.

Rakannya, Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah turut ditahan dan dihantar pulang pada 2012.

Dakwaan mengatakan pegawai Imigresen memberitahu bahawa beliau telah disenarahitamkan kerana beliau bukan rakyat Sabah.

Hilman Idham, pembantu kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak dibenarkan masuk pada 2012 walaupun pernah memasuki negeri itu sekurang-kurangnya empat kali sebelum itu tanpa sebarang isu.

Naib Presiden PKR, Tian Chua tidak dibenarkan masuk pada awal tahun ini atas “faktor keselamatan dan keselamatannya sendiri”, menurut Pejabat Hal Elwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah di Jabatan Ketua Menteri.

Tahun lepas, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman yang juga meneraju Anak, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd, telah dihalang daripada memasuki Sabah.

Mazlan berkata, beliau ditahan selama lebih dua jam oleh para pegawai imigresen Sabah sebelum dihantar dihantar pulang. Tiada sebab yang diberikan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan