Bot Karam: Hanya Tinggal Dua Lagi Mangsa Masih Hilang

Diterbitkan: Ahad, 2 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELAGA: Paulus Ungkang, seorang daripada tiga mangsa bot ekspres karam yang disebelum ini dilaporkan hilang, disahkan selamat.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata perkara itu disahkan oleh saudara Paulus yang tinggal di Belaga. "Pagi tadi, Paulus telah telefon saudaranya di Belaga dari Sibu untuk memberitahu yang dia selamat dalam tragedi itu. "...dan saudaranya telah memberitahu Pejabat Daerah Belaga, sebelum menasihati Paulus untuk membuat laporan polis," katanya kepada pemberita pusat operasi di sebuah pulau di tengah Sungai Rajang, di sini, Ahad.

Bakar berkata berikutan itu, sehingga petang ini, jumlah mangsa yang selamat ialah 205 orang, dua masih hilang dan satu mayat, Tujok Lah sudah dijumpai.

Dua lagi mangsa yang masih hilang ialah Roslin Jati dan Maurice Ajan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan