Khidmat Pengerusi, CEO SPAD Dilanjutkan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Sabtu mengumumkan perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai Pengerusinya dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SPAD dalam satu kenyataan di sini, turut berkata, tempoh perkhidmatan Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal selaku Ketua Pegawai Eksekutif suruhanjaya itu pula dilanjutkan tiga tahun lagi.

"Dengan pelanjutan ini, Syed Hamid dan Mohd Nur Ismal serta pengurusan kanan SPAD dapat meneruskan segala pelan pembangunan dan rancangan strategik bagi merealisasikan agenda transformasi kerajaan berhubung sistem pengangkutan awam darat," kata kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan