Kerajaan BN Payung Kepada Setiap Rakyat - PM

Diterbitkan: Sabtu, 1 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sedar mengenai keretakan pertautan nasional dan timbulnya rasa terpinggir dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia, dan komited untuk menangani cabaran itu.

Perdana menteri berkata situasi itu berlaku akibat polemik nasional yang bersandarkan kepercayaan, ras, pegangan politik, demografik bandar, luar bandar dan kelas.

Najib bagaimanapun berkata beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan akur bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang menyokong mereka ataupun tidak susulan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang menyaksikan BN kembali menerajui kerajaan persekutuan.

"Kerajaan Tuanku ialah kerajaan yang menjadi payung kepada setiap rakyat Malaysia," tegas beliau dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.

Kerajaan, kata perdana menteri, akan merangka pelan terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan kebangsaan serta membaik pulih persefahaman nasional, dan ini memerlukan kerjasama semua pihak.

"Ia harus diasaskan kepada dialog membina di semua peringkat. Ia harus menjadi agenda semua pihak bagi mencapai kejayaan serta membuahkan hasil," kata Najib.

Pihak-pihak tertentu dilihat cuba mempertikaikan keputusan PRU13 yang memihak kepada BN dengan membangkitkan isu seperti undi popular, penggunaan dakwat kekal, dakwaan kehadiran 'pengundi hantu' dan kononnya berlaku gangguan elektrik ketika pengiraan undi.

Najib menarik perhatian sesungguhnya amat mudah untuk mengambil jalan menidak dan menyalahkan, namun ia tidak akan menyelesaikan sebarang masalah mahupun merungkai segala cabaran yang dihadapi Malaysia.

"Kerajaan ingin menyeru kepada pertimbangan rakyat Malaysia bagi melihat faktor-faktor kebersamaan yang mampu mempersatukan kita daripada melihat kepada titik-titik yang akan terus membuatkan kita terperangkap dengan nostalgia serta realiti lalu," katanya.

Perdana menteri seterusnya berkata kerajaan komited untuk mencipta masa depan lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia.

"Kami impikan sebuah Malaysia di mana semua kaum dan penganut pelbagai kepercayaan mampu hidup secara aman dan harmoni tanpa sebarang syak wasangka, sebuah Malaysia yang maju serta makmur, bumi yang mencukupi untuk semua," katanya.

Najib berkata beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan akan terus mempertahan, melindungi dan memelihara prinsip keluruhan perlembagaan, kedaulatan undang-undang, meraikan kepelbagaian, mengamalkan sikap inklusif dan mendahulukan rakyat dalam mengurus hal ehwal negara di bawah lembayung Seri Paduka. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan