Istiadat Menghadap & Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan Berlangsung Penuh Istiadat

Diterbitkan: Sabtu, 1 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memeriksa kawalan hormat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara, Sabtu. -fotoBERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memeriksa kawalan hormat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara, Sabtu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Istana Negara pada Sabtu menyaksikan berlangsungnya Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam suasana penuh adat istiadat dan gemilang.

Majlis dimulakan dengan Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke upacara memeriksa perbarisan kawalan kehormat utama dengan panji-panji diraja.

Sebanyak 21 das tembakan meriam kehormat turut dilepaskan pada acara pemeriksaan perbarisan yang diadakan di Dataran Istana, memecahkan kesunyian pagi Istana Negara yang mempunyai 22 kubah kuning itu.

Perkarangan Istana Negara mula dibanjiri kereta yang membawa penerima darjah-darjah kebesaran, pemimpin negara dan perwakilan negara asing seawal 7.30 pagi.

Balairong Seri Istana Negara yang terletak di Sayap Rasmi pula dipenuhi tetamu yang berpakaian istiadat, baju Melayu hitam atau bersuit manakala tetamu wanita pula berpakaian tradisional seperti baju kurung lengkap berselendang atau pakaian tradisional kaum masing-masing, mencerminkan semangat muhibah yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia.

Antara tetamu yang menarik perhatian selain daripada pemimpin-pemimpin negara sudah pasti adalah pelakon tempatan yang pernah mejadi 'Wanita Bond' Datuk Michelle Yeoh yang dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Rekaan Istana Negara menyaksikan penggabungan antara konsep tradisional Melayu dan seni bina Islam dibina di atas tapak berkeluasan 106 hektar, dengan seluruh pelan bangunan utama Istana Negara menghadap Kiblat dan dibahagikan mengikut aras dan sayap mengikut fungsi.

Balairong Seri dan Dewan Santapan terletak di Sayap Rasmi menonjolkan kemasan seni bina tradisi Melayu yang disesuaikan dengan konsep kontemporari menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat dunia kerana semua istiadat rasmi dan pertabalan diadakan di situ.

Rekaan Pintu Gerbang Utama yang terletak pada jalan masuk dari Jalan Duta direka khusus supaya mengukuhkan lagi simbol keagungan tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia, bercirikan ukiran flora yang melambangkan bunga kebangsaan, Bunga Raya serta ukiran Islam.

Istana Negara Baharu dibina untuk menggantikan Istana Negara yang telah digunakan sejak tahun 1957.

Istana Negara Baharu beroperasi sepenuhnya pada November 2011. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan