Diam Dan Sedia Untuk Peluang Terakhir Rayuan, Kata Gani Kepada Khir Toyo

Diterbitkan: Sabtu, 1 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail membidas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toto mengenai kenyataan yang mengkritik cara kes rasuah beliau dikendalikan.

Gani berkata, Khir Toyo harus “mengunci mulutnya dan memberi tumpuan kepada persediaan untuk peluang terakhir bagi rayuan terhadap sabitan rasuah ke atas beliau.”

Beliau mengulas mengenai blog yang mengkritik cara mahkamah mengendalikan kes rasuah Khir Toyo yang sedang berjalan.

Gani berkata, bekas menteri besar itu telah mengemukakan hujah yang cukup mudah yang gagal diambil untuk setia fakta yang membawa kepada sabitan itu.

Beliau menafikan kiasan Khir Toyo mengenai tekanan politik di Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan dakwaan rasuah, dengan menunjukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemui bukti yang jelas mengenai amalan rasuah dalam pembelian rumah jutaan ringgit oleh Khir Toyo di Shah Alam.

“Tidak pernah ada sebarang campur tangan politik atau akan ada campur tangan politik yang dibenarkan dalam perkara-perkara yang melibatkan Jabatan Peguam Negara,” kata Gani dengan tegasnya dalam kenyataan sebanyak sembilan muka surat.

“Daripada menuding jari kepada orang lain yang mendakwa ia adalah konspirasi atau tekanan, perkara terbaik yang Khir Toyo boleh lakukan ialah bersedia untuk pembelaan beliau bagi rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.”

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan