DAP Diarah Serah Dokumen, Bukti

Diterbitkan: Sabtu, 1 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP telah menerima surat arahan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) supaya menyerahkan dokumen dan bukti bagi membantu siasatan berkenaan kegagalan memberi notis kehadiran kepada anggota parti itu yang layak untuk hadir pada Kongres Kebangsaan Parti, 15 Disember lepas.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya diberi tempoh sehingga 6 Jun ini untuk membalas surat itu dan mereka akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Beliau berkata dalam surat itu ROS hanya meminta DAP menyertakan bukti penghantaran notis kepada empat cawangan tertentu sahaja iaitu cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Selangor; Taman Nesa Skudai, Johor; Desa Dahlia dan Ladang Paroi di Seremban.

"Kami telah mengesan bahawa empat anggota daripada empat cawangan itu pernah menghadiri kongres dengan menandatangani senarai kehadiran dan telah mengundi semasa pemilihan parti, seorang lagi telah mengisytiharkan dirinya keluar parti pada 16 Ogos tahun lepas iaitu bekas ketua cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat," katanya.

Loke yakin kelima-lima mereka dari empat cawangan itu telah membuat aduan kepada ROS berhubung dengan kegagalan penerimaan notis itu.

"Bagaimanapun, kami akan menyerahkan empat lagi anggota yang belum keluar parti kepada pihak jawatankuasa disiplin untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini Jumaat, Loke menafikan kenyataan ROS pada Khamis yang menyatakan DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada Kongres Kebangsaan Parti, 15 Disember lepas.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataannya berkata keputusan siasatan kegagalan penerimaan notis itu diperoleh selepas menerima aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis itu serta dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres itu.

Loke berkata pihaknya mempunyai bukti bahawa mereka pernah menghantar notis dan dokumen lengkap melalui pos kepada kesemua anggotanya yang layak 10 minggu sebelum berlangsungnya kongres itu.

Katanya mengikut senarai, terdapat 2,576 anggota yang layak untuk hadir dan mengundi pada pemilihan parti itu dan daripada jumlah itu, seramai 1,843 atau 71.5 peratus anggota telah hadir manakala 733 anggota tidak hadir.

Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan