Tak Perlu Beritahu Semua Ahli Hadiri Kongres Menerusi Pos - DAP

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP membidas Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana kenyataannya mengenai ramai anggota parti tidak menerima notis untuk hadir ke kongres parti di Pulau Pinang pada tahun lepas.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, ia merupakan tidak profesional bagi ROS kerana membuat kesimpulan bahawa anggota-anggota parti tidak diberi notis sewajarnya sebelum parti itu dapat menjawabnya.

Loke mendakwa bahawa ROS telah menghantar satu surat pada Khamis bagi mendapatkan maklumat untuk siasatannya berhubung perkara itu.

Dalam surat berkenaan, yang diedarkan kepada pemberita pada Jumaat, pertubuhan itu meminta bukti selanjutnya bahawa terdapat empat cawangan yang tidak dimaklumkan dengan sewajarnya mengenai kongres.

Bagaimanapun, Loke berkata, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman pada Khamis sendiri mengeluarkan kenyataan media bahawa DAP telah menafikan ahli-ahli yang layak untuk mengundi dalam pemilihan semasa kongres itu.

Salah satu cabangnya ialah Ladang paroi, yang mana timbalan ketuannya ialah David Dass Aseerpatham membuat laporan berhubung perkara tersebut dengan ROS pada 14 Januari.

Loke menunjukkan dokumen kepada pemberita yang memperlihatkan bahawa perwakilan daripada tiga dari empat cawangan dinamakan oleh ROS, dan hakikatnya menghadiri kongrest tersebut.

“Jika mereka mengatakan bahawa mereka tidak mendapat notis itu, maka bagaimana mereka boleh menghadirinya?” kata Loke pada sidang media.

Beliau menambah, adalah mustahil untuk semua ahli dimaklumkan mengenai kongres menerusi pos.

Beliau berkata, Teresa Kok yang merupakan setiusaha organisasi sebelum ini telah mengeluarkan pelbagai kenyataan media mengenai kongres.

“Maksudnya, pilihan raya umum juga adalah tidak sah kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memaklumkan kepada pengundi yang layak, satu demi satu,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan