Shafie Apdal Bidas Kit Siang Salahkan BN Dalam Tragedi Bot Karam

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat membidas Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) berhubung insiden bot karam di Sarawak.

"Tolonglah (Lim) Kit Siang, jangan terlalu emosi. Apabila berlakunya kemalangan jalan raya itu salah BN, bot karam itu pun salah BN.

"Kami telah laksanakan banyak inisiatif, terutama dalam membangunkan Sabah dan Sarawak. Saya mengaku apa yang dilakukan belum cukup tetapi beritahu kami apa yang DAP sudah lakukan di Sabah dan Sarawak?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekretariat Pencegahan Rasuah Institusi Pendidikan Mara (SPR-IPMa) di Institut Integriti Malaysia (IIM), di sini.

Pada Khamis, Lim dilapor portal berita sebagai mendakwa insiden itu merupakan bukti tragis kegagalan 50 tahun pembangunan di Sarawak yang masih tidak mempunyai akses jalan raya ke kawasan pedalaman.

Selasa lepas, sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang meraikan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan berhampiran Sungai Rajang, kira-kira 40 minit perjalanan dari Sibu, Sarawak.

Setakat ini polis mengesahkan satu mayat sudah dijumpai, empat masih hilang, manakala 200 mangsa terselamat.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata semua pihak seharusnya menjadikan tragedi itu sebagai iktibar serta meningkatkan mutu pentadbiran dan pengurusan, terutama dalam sistem pengangkutan bagi menjamin keselamatan penumpang.

"Pihak pengurusan dan pentadbiran bot ekspres terutamanya, harus memperketatkan jumlah muatannya mengikut saiz bot dengan hanya membawa jumlah penumpang yang dibenarkan sahaja, contohnya bot itu hanya boleh muat 70 orang maka ikutlah peraturan.

"Jika perkara ini tidak dititikberatkan, maka kemalangan yang sama juga boleh berlaku pada masa hadapan dan untuk mengelakkannya, sistem pengurusan perlu diselaraskan bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin," katanya.

Terdahulu ketika berucap, Mohd Shafie berkata inisiatif untuk menubuhkan sekretariat di setiap IPMa diharap dapat memberi pemahaman dan penekanan kepada tenaga pengajar dan pelajar berkenaan gejala rasuah, seterusnya mendedahkan mereka tentang kepentingan integriti dan antirasuah.

"Isu antirasuah dan pemupukan masyarakat berintegriti ini perlu dititikberatkan, apatah lagi golongan sasaran yang terdiri daripada pelajar yang merupakan pewaris yang akan menjawat jawatan penting, sama ada dalam perkhidmatan awam dan swasta pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Abu Kassim Mohamed yang turut hadir, berkata tujuh IPMa menyertai program itu, iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Institut Kemahiran Malaysia, Kolej Mara, German-Malaysia Institute dan Kolej Profesional Mara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan