Setiap Rakyat Tidak Dipinggirkan Daripada Arus Pembangunan - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan setiap rakyat tidak kira bangsa mahupun kepercayaan agama tidak akan dipinggirkan daripada arus pembangunan negara.

Najib berkata beliau bertekad menjadi perdana menteri yang mewakili setiap rakyat tidak kira warna kulit, kepercayaan agama mahupun fahaman politik.

"Untuk itu, saya akan pastikan kemajuan yang bakal dibawa ke negara ini memberi manfaat kepada setiap rakyat," katanya dalam blog www.1malaysia.com.my sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai minggu ini.

Najib turut menggesa rakyat supaya terus mengekalkan semangat perpaduan kerana keamanan dan kedamaian merupakan teras kepada pembangunan negara.

"Saya sangat bersyukur kerana di negara ini, kita dapat meraikan pelbagai perayaan dalam suasana penuh harmoni meskipun rakyatnya terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan kepercayaan agama.

"Semangat perpaduan kaum di negara kita sangat dikagumi malah masyarakat antarabangsa juga kagum dengan semangat bersatu-padu antara kita," kata Najib.

Sambil mendoakan agar negara terus dilimpahi rezeki, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada mereka yang meraikannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan