Program Pemulihan Pemasyarakatan Diperluas Ke Lima Lagi Kem Tentera - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperluaskan program Pemulihan Pemasyarakatan ke lima lagi kem tentera susulan kejayaan program itu yang dilaksana di lima kem setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perluasan itu akan bermula dengan Kem Kota Belud dalam masa terdekat.

"Hampir 100 peratus penghuni atau orang diselia (ODS) yang keluar daripada lima pusat pemulihan sedia ada tidak menjadi penjenayah berulang," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan sulung ke Jabatan Penjara Kajang, di sini Jumaat.

Hadir sama Timbalan Menteri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, program pemulihan itu merupakan usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara Jabatan Penjara dan agensi lain di bawah KDN serta kementerian lain bagi mengurangkan kes penjenayah berulang.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata ODS juga diberi latihan dan kursus pembangunan kerjaya, bantuan modal serta peluang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

"Setakat ini ada 88 ODS yang sedang ikuti kursus diploma dan ijazah dan saya akan tentukan bahawa akan lebih ramai lagi ODS ikuti kursus peringkat ijazah.

"Dari segi bantuan modal kepada bekas banduan, kita dapat kerjasama daripada Amanah Ikhtiar dan Tekun, saya juga akan berbincang dengan Permodalan Nasional Berhad mengenai hal ini supaya mereka juga dapat membantu dan memberi latihan keusahawanan," katanya.

Menurutnya bagi meningkatkan lagi sistem penjara, kementeriannya merancang mewujudkan sistem perubatan dalam penjara bagi membolehkan banduan dirawat di institusi itu dan tidak perlu lagi dirujuk ke hospital luar.

Beliau juga berkata, semua 43 kompleks penjara di negara ini akan dinaik taraf dengan keutamaan di Sabah yang sudah melebihi kapasiti.

"Kita juga akan meningkatkan tahap sistem keselamatan elektronik seluruh penjara tanpa libatkan kos tambahan yang banyak daripada kerajaan, tetapi kita akan gunakan pendekatan beberapa sumber kewangan dalaman," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan