Polis Minta Penyokong Pahang Dan Johor DT Ikut Arahan

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis meminta penyokong dan penonton yang ingin menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Sabtu supaya masuk ke stadium mengikut pintu yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, penyokong Pahang boleh memasuki stadium menerusi pintu berwarna merah, kuning dan hijau serta duduk di tempat duduk berhampiran.

"Mereka boleh meletakkan kenderaan di tempat letak kereta bahagian kiri stadium iaitu tapak A dan B serta kawasan di sekitar Bukit Komanwel," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Jumaat.

Bagi penyokong Johor dan penonton dari negeri lain, mereka boleh meletakkan kenderaan di tapak C, D dan E serta sekitar kawasan Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil.

Amar Singh berkata, pintu yang boleh digunakan oleh penyokong Johor DT ialah berwarna ungu dan biru iaitu sebelah kanan stadium.

"Dijangka 60,000 penyokong akan melalui pintu penyokong Pahang dan 20,000 akan memasuki pintu penyokong Johor DT," katanya.

Langkah itu, katanya, dibuat bertujuan mengurangkan kesesakan atau orang berjalan jauh sekali gus mengelakkan provokasi kepada penyokong kedua-dua pasukan.

Selain itu mereka juga dilarang membawa barangan seperti botol air mineral/berperisa, mercun/bunga api, topi keledar, laser, mancis/pemetik api, sebarang objek tajam (besi/kayu), senjata seperti parang dan lain-lain, minuman keras, payung, tongkat, vuvuzela dan suar.

Beliau berkata, barangan itu akan dirampas sebelum penonton dibenarkan masuk ke stadium manakala mereka yang membawa objek tajam dan senjata pula akan ditahan.

"Kami akan menempatkan anggota polis dan Rela di setiap pintu masuk untuk membuat pemeriksaan ke atas setiap penyokong," katanya.

Bagi mengelakkan kesesakan, penyokong juga digalakkan datang awal dan pintu stadium akan dibuka pada 5.30 petang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan