Pekadin Rayu Segerakan Pembinaan Jalan Pintas Tuaran-Batu 28 Tambunan

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Sabah (Pekadin) merayu kerajaan negeri mempercepatkan pembinaan jalan pintas dari Kampung Gonipis ke Kampung Poring, Kiulu di Tuaran yang akan melengkapkan jalan alternatif Tuaran-Batu 28 Jalan Tambunan.

Naib Presiden Pekadin Simon Molubi berkata jalan pintas itu satu keperluan mendesak kerana jalan utama Penampang-Tambunan sering dilanda kejadian tanah runtuh.

"Kerajaan hanya perlu membina jalan raya baru antara Gonipis dan Poring sejauh hampir 20 kilometer untuk melengkapkan jalan Tuaran (Kiulu)-Batu 28 Jalan Tambunan.

"Saya fikir sudah tiba masanya kerajaan mengambil iktibar kejadian tanah runtuh di Kampung Babagon (Jalan Penampang-Tambunan) yang berlaku hari ini untuk mempercepatkan pembinaan itu untuk kebaikan semua," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Simon yang juga berasal dari Kampung Kitapol Kiulu, berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan di Kampung Babagon, di Km 21 Jalan Penampang-Tambunan dekat sini Jumaat, yang memaksa orang ramai menggunakan jalan alternatif seperti Jalan Kimanis-Keningau untuk ke kawasan pedalaman dari bandar raya Kota Kinabalu.

Beliau berkata kerajaan perlu mengambil kira kebajikan orang ramai yang terpaksa menggunakan jalan alternatif yang lebih jauh berikutan kejadian tanah runtuh itu.

Beliau juga berharap kerajaan Sabah dapat melakukan transformasi dengan menyegerakan pembinaan Jalan Tuaran-Batu 28 Jalan Tambunan itu tanpa menunggu peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 atau ke-12. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan