Operasi Mengangkat Bangkai Bot Dihentikan

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang jurukimpal sedang membantu anggota Bomba dan Penyelamat.
Seorang jurukimpal sedang membantu anggota Bomba dan Penyelamat.

BELAGA: Operasi mencari dan menyelamat di sini dihentikan buat sementara waktu pada petang Jumaat selepas dua enjin kapal Grand Line No.2 yang digunakan untuk mengangkat bot ekspres itu terlampau panas.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Supritendan Bakar Sebau berkata pada pukul 3.50 petang, pasukan penyelamat kini sedang mencari sebuah bot dilengkapi kren untuk meneruskan operasi tersebut.

"Kami perlu mencari bot tersebut di luar Belaga. Memandangkan pesta Gawai Dayak diadakan pada Sabtu, kami menjangkakan ia akan mengambil masa paling awal selama sehari atau dua hari untuk meneruskan operasi itu," kata Bakar.

Menurut beliau, pengendali kren tersebut telah balik ke kampung halaman untuk meraikan sambutan Gawai.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belaga, Liwan Lagang berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada 180 anggota termasuk 14 penyelam telah melakukan yang terbaik.

Setakat 12.50 tengah hari Jumaat, polis berkata jumlah mangsa yang disahkan selamat adalah seramai 200 orang, empat lagi masih hilang dan satu mayat berjaya ditemui pada Khamis.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan