Keputusan Nurul Izzah Dilarang Masuk Sabah Perlu Diubah Jika Tiada Alasan Kukuh – Bung Mokhtar

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bung Mokhtar.
Bung Mokhtar.

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan negeri Sabah menghalang kemasukan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar perlu “diubah segera” sekiranya tiada alasan baik untuk melakukannya, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

“Jika tiada alasan kukuh untuk sekatan ke atas Nurul, dan menjadi yang benar-benar adil dan memberikan keadilan, keputusan itu harus diubah segera,” kata ahli majlis tertinggi Umno kepada The Star Online.

Beliau meminta supaya rakyat diberikan penjelasan daripada kerajaan negeri Sabah mengenai kenapa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dihalang masuk pada petang Khamis.

“Pihak berkuasa perlu mengeluarkan kenyataan yang kukuh dan diterima,” katanya.

“Saya tidak melihat Nurul sebagai satu ancaman kepada negeri Sabah atau pun rakyat Sabah.”

Ditanya sama ada beliau tidak bersetuju dengan sekatan ke atas individu-individu tertentu daripada memasuki Sabah atau hanya melibatkan kes Nurul, Bung berkata, ia “bergantung kepada kes-kes tertentu”.

“Sebagai contoh, saya rasa (Naib Presiden PKR), Tian Chua merupakan satu ancaman kepada Sabah. Ketika penceroboh Sulu menyerang Sabah, beliau berkata ia hanyalah sandiwara oleh Umno untuk menang dalam pilihan raya umum. Saya begitu marah mengenai perkara itu,” kata Bung, sambil menambah bahawa Nurul tidak mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati rakyat Sabah.

Nurul Izzah tiba di Kota Kinabalu pada petang Khamis untuk sambutan Kaamantan, tetapi dihalang di bahagian Imigresen dan dimaklumatkn untuk kembali semula ke Semenanjung.

Insiden itu menimbulkan kemarahan dengan ramai pihak mempersoalkan tindakan itu.

Bung di Twitter berkata “Saya tidak faham kenapa Nurul tidak dibenarkan memasuki Sabah. Jika ia adalah benar, ia adalah satu kesilapan dan bencana,” katanya sambil ‘tagging’ kedua-dua Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan