Kapal Pesiar Mewah 'Mariner Of The Seas' Buat Persinggahan Sulung Di Pelabuhan Klang

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Kapal pesiar mewah kesembilan terbesar, 'Mariner of the Seas' melakukan persinggahan sulung di Pangkalan Pesiar Pelabuhan Klang (PKCC), di sini Jumaat.

Kapal dengan 1,557 kabin mewah dan kapasiti 3,800 penumpang itu kini dalam pelayaran 11-malam dengan persinggahan dari Dubai ke Singapura untuk memulakan musim Asia sulungya.

Kapal pesiar milik Royal Carribbean International itu menawarkan pakej percutian dengan pelancong boleh memulakan persiaran dari mana-mana pelabuhan persinggahan di sepanjang laluan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKCC, Zamrady Ariffin berkata kapal pesiar itu menyambut era baharu kapal mega melakukan persinggahan di pelabuhan Asia Tenggara serta menambah minat pelancong pelayaran yang semakin meningkat.

"Bilangan besar pelancong yang mempunyai kuasa belian yang tinggi di atas kapal itu boleh menyumbang hampir RM2 juta kepada ekonomi tempatan," katanya kepada pemberita yang dibawa melawat di atas kapal tersebut.

Kapal dengan 138,278 tanan berdaftar kasar itu akan melakukan persinggahan biasa semasa musim pelayaran Asia Tenggara yang kebiasaannya bermula pada suku keempat setiap tahun dan berakhir pada suku kedua tahun berikutnya.

Kapal mewah itu, yang dilancarkan pada 2003, mempunyai kemudahan seperti pusat membeli-belah, gelanggang luncur ais dan kapal kakaknya, 'Voyager of the Seas' turut melakukan persinggahan sulung di sini baru-baru ini.

Selepas persinggahan di sini, 'The Mariner of the Seas' akan belayar ke Singapura sebelum kembali ke sini, Ahad ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan