JKM Bentuk Dua Pasukan Petugas Khas Tangani Isu Kanak-Kanak

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi meneliti ekploitasi kanak-kanak termasuk perkahwinan membabitkan golongan itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Noraini Mohd Hashim berkata pasukan berkenaan yang dijangka ditubuhkan sebelum Ramadan ini akan membabitkan beberapa kementerian dan agensi berkaitan, pakar kanak-kanak dan wakil dari Sabah dan Sarawak.

Pembentukan pasukan petugas khas ini adalah amat penting bagi menjamin kesejahteraan kanak-kanak yang meliputi 9.5 juta daripada rakyat negara ini, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak, di sini Jumaat.

Mengulas mengenai pasukan petugas khas itu, beliau berkata kedua-duanya akan disertai wakil lima kementerian, empat jabatan, dua wakil dari Sabah dan Sarawak serta tujuh pakar kanak-kanak.

Katanya kementerian yang terbabit ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Pendidikan; Kementerian Kesihatan; dan Kementerian Sumber Manusia.

"Empat jabatan yang turut menganggotai pasukan petugas khas ini ialah JKM, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Penjara dan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Norani berkata penubuhan Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak itu adalah selaras dengan subseksyen 3(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta bertepatan dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang ditandatangani Malaysia pada 1995. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan