Jalan Penampang-Tambunan Ditutup Sementara Akibat Tanah Runtuh

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak petang Khamis mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Babagon, di kilometer 21 Jalan Penampang-Tambunan dekat sini Jumaat.

Kejadian tanah runtuh di Kampung Babagon yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu itu mengakibatkan jalan itu ditutup sementara kepada lalu lintas.

Ketua Polis Penampang DSP Ratan Kumar Singh berkata tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

"Justeru, orang ramai diminta menggunakan jalan alternatif seperti Jalan Kimanis-Keningau," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K.Ramin dalam satu kenyataan berkata, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.04 pagi dan sepasukan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba Penampang tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Datuk John Anthony berkata, pihaknya telah menutup keseluruhan jalan dan polis peronda berada di lokasi bagi membantu mengawal lalu lintas.

"Kerja membaiki jalan Penampang-Tambunan sedang dijalankan dan jalan itu dijangka boleh dilalui semula kira-kira 7 malam ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.

Mengenai kejadian tanah runtuh membabitkan Jalan Merakau, Ranau, dekat sini malam Khamis, John berkata, jalan itu telah siap dibaiki dan kini boleh dilalui pengguna.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 8 dan 11 malam membabitkan bahagian jalan yang dalam pembinaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan