Hannah Yeoh Dilantik Speaker Wanita Pertama - Berita Semasa | mStar

Hannah Yeoh Dilantik Speaker Wanita Pertama

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pula memegang jawatan timbalan speaker.

Yeoh berkata pencalonan itu dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Beliau akan memulakan tugasnya secara rasmi pada 21 Jun apabila DUN bersidang.

Kedua-dua mereka dan 10 Adun yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah di Istana Alam Shah pada Khamis.

Dalam majlis ringkas selama sejam itu, kesemua mereka berjanji memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor.

Sultan Sharafuddin mengingatkan mereka untuk memenuhi manifesto pada pilihan raya umum ke-13.

Baginda bertitah ia merupakan janji kepada rakyat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan