Hamzah Ketuai Delegasi Malaysia Ke Persidangan TICAD Di Yokohama

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Antarabangsa Tokyo tentang Pembangunan Afrika (TICAD) kali kelima, selama tiga hari di Yokohama, Jepun, bermula Sabtu.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini Jumaat, Hamzah yang diiringi pegawai kementerian akan mengambil bahagian dalam persidangan yang bertemakan 'Hand in Hand With A More Dynamic Africa' yang akan dipengerusikan bersama Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Perdana Menteri Ethiopia Hailemariam Desalegn.

Persidangan itu dijangka menerima pakai dua dokumen iaitu Deklarasi Yokohama 2013 dan Pelan Tindakan Yokohama 2013-2017.

TICAD adalah platform dialog global yang diinisiatifkan Jepun pada tahun 1993 untuk membincang dan menghasilkan pelan tindakan untuk menangani pelbagai cabaran yang tertumpu kepada Afrika termasuk pembangunan ekonomi, mengurangkan kadar kemiskinan dan pemulihan pasca konflik.

Penglibatan Malaysia dalam TICAD ialah melalui program teknikal khusus yang ditawarkan kepada negara Afrika melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Di bawah MTCP, lebih 7,000 peserta Afrika telah dilatih dalam pelbagai kursus jangka pendek dan panjang untuk membantu membangunkan ekonomi mereka.

Forum ini terbuka kepada semua pihak berkepentingan dalam membangunkan orang Afrika termasuk negara Afrika dan Asia, organisasi antarabangsa, negara penderma, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan