Bot Karam: Hanya Ketua Polis Daerah Belaga Boleh Keluar Kenyataan Jumlah Mangsa

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELAGA: Berkuat kuasa serta-merta hanya Ketua Polis Daerah (KPD) Belaga DSP Bakar Sebau boleh mengeluarkan statistik jumlah mangsa yang terselamat dan masih hilang dalam tragedi bot ekspres karam di Jeram Tukok-Jeram Bungan, di Sungai Rajang, Selasa lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon berkata Bakar yang bertindak sebagai 'field commander' untuk gerakan mencari dan menyelamat yang masuk hari ketiga pada Khamis, lebih mengetahui situasi sebenar.

"Kita minta semua pihak jangan buat spekulasi sendiri, berapa selamat dan berapa hilang dalam tragedi itu. Selepas ini jangan terima apa-apa statement (kenyataan) daripada mana-mana pihak lain kecuali KPD Belaga," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Law tidak menafikan kenyataan yang diterima bukan semua tidak tepat, sebaliknya langkah diambil hanya membenarkan KPD Belaga mengeluarkan kenyataan agar laporan yang dibuat selepas ini tidak terus bercanggah.

"Laporan senarai nama yang sering berubah-ubah adalah kerana nama mangsa hilang itu diperoleh melalui siasatan terhadap mangsa yang selamat. Jumlah mangsa yang hilang ini mungkin akan bertambah dan mungkin akan berkurang, itu semua bergantung kepada senarai yang akan terus diperoleh melalui laporan polis yang diterima," katanya.

Terdahulu Bakar berkata sehingga hari ini, jumlah mangsa yang terselamat ialah 186 orang, manakala 12 masih hilang dan satu mayat sudah ditemui.

Bagaimanapun senarai mangsa hilang terus bercanggah kerana dua lelaki yang disenaraikan sebagai antara penumpang yang hilang, dilaporkan selamat dan berada di rumah panjang mereka, Rumah Panjang Berundang, Nanga Ensawi, kira-kira dua jam perjalanan dengan bot menghulu sungai dari Kapit.

Laporan mereka masih hidup dibuat oleh seorang anggota keluarga, Connie Menai di ibu pejabat polis Kapit, hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan