Abdul Khalid Mahu Bincang Proses Struktur Semula Industri Air Dengan Ongkili

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah mengutus surat rasmi kepada Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau Datuk Seri Maximus Ongkili untuk mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan proses penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Beliau berkata langkah itu diharap dapat meningkatkan perkhidmatan pembekalan air kepada rakyat Selangor dan Lembah Klang seperti dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air.

"Saya bercadang mengadakan perjumpaan dengan Maximus Ongkili minggu depan bagi membincangkan usaha ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengurniaan watikah pelantikan dan mengangkat sumpah Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Alam Shah di sini, Khamis.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata beliau akan memegang portfolio Penerangan dan Adat Melayu negeri Selangor buat sementara waktu dalam usaha memberi penerangan yang jelas berhubung program kerajaan negeri kepada rakyat.

Ditanya mengenai desakan Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia A. Prakash yang meminta anggota exco Selangor mengisytihar aset masing-masing, beliau berkata usaha itu memang diamalkan pimpinan kerajaan negeri sejak penggal lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan