Susur Di Jalan Cheras Ditutup Tujuh Bulan

Diterbitkan: Khamis, 30 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Susur jalan dari Taman Mutiara Barat ke Jalan Cheras (hala Kuala Lumpur), akan ditutup sementara selama tujuh bulan, bermula Sabtu ini.

Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) dalam kenyataan pada Khamis berkata sebelum ini, laluan tersebut telah ditutup mulai 10 Feb hingga 11 Mei lepas.

Pengguna dari Jalan Dato' Haji Harun dinasihat menggunakan laluan alternatif Jalan Mutiara Raya untuk memasuki Jalan Cheras.

Sementara itu, susur jalan dari Jalan Cheras berhampiran Taman Segar (hala Kajang) menuju ke Taman Cheras Hartamas dan lorong kecemasan di Jalan Cheras sepanjang enam meter akan ditutup sebahagiannya selama 30 hari bermula Sabtu.

Penutupan itu adalah bagi memudahkan pemindahan utiliti dan kerja pemindahan tiang MRT, menurut kenyataan itu.

MRT Corp akan meletakkan halangan keselamatan dan kon trafik di kawasan pembinaan bagi memastikan pengguna jalan raya diberi amaran awal mengenai kerja yang sedang dijalankan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan