Sultan Titah Kerajaan Selangor Tunai Janji Manifesto Pilihan Raya

Diterbitkan: Khamis, 30 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan pimpinan kerajaan negeri yang diteraju gabungan parti PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya yang lepas, secara adil dan saksama berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor.

Baginda bertitah manifesto yang dibuat oleh sesebuah parti adalah "satu janji dengan rakyat" yang mesti dilaksanakan tanpa berlengah apabila mereka memerintah negeri.

"Oleh itu, amatlah penting ianya (manifesto) ditunaikan dan janganlah melupakan rakyat yang menaruh penuh harapan untuk menikmati sebuah negeri yang aman makmur dalam suasana rakyat hidup dengan penuh harmoni," titah baginda pada majlis pengurniaan watikah pelantikan dan mengangkat sumpah Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Alam Shah, di sini Khamis.

Sultan Selangor menyeru pimpinan kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membangunkan program yang memberi impak sebenar kepada negeri itu untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran.

Titah baginda setiap tanggungjawab yang dipikul hendaklah dikendalikan secara intelektual, bukan secara emosi dengan mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri berbanding kepentingan diri atau parti masing-masing.

"Apabila menjalankan tugas, Ahli-ahli Yang Berhormat mestilah berpandukan kepada peraturan dan undang-undang yang telah digariskan dan janganlah sekali-kali melanggar undang-undang ini serta membuat sesuatu dengan mengikut kehendak hati semata-mata," titah baginda sambil mengingatkan wakil rakyat Selangor menjauhkan diri daripada amalan rasuah.

Dalam pada itu, Sultan Selangor mengingatkan wakil rakyat Selangor yang dipilih memahami kehendak dan keperluan rakyat dan sentiasa menitikberatkan perpaduan berteraskan konsep muhibah antara kaum.

Titah baginda, keutamaan perlu diberi kepada memajukan negeri Selangor di samping memastikan kehidupan rakyat berbilang kaum berada dalam keadaan selesa dan aman sehingga ke generasi akan datang.

Titah baginda, wakil rakyat Selangor hendaklah sentiasa berdamping dengan rakyat untuk mengetahui kehendak dan keperluan mereka serta mengatasi masalah-masalah yang dihadapi mereka.

"Janganlah apabila memerlukan undi, Ahli-ahli Yang Berhormat menjanjikan bulan dan bintang serta sanggup melawat mereka sehingga ke dapur rumah mereka, tetapi apabila telah mendapat undi dan memperolehi kemenangan, kelibat Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian pun tidak kelihatan.

"Beta tidak berkenan mereka yang telah mendapat mandat mengambil kesempatan untuk memperolehi sesuatu demi kepentingan diri sendiri," titah baginda. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan