Polis Terengganu Rakam Keterangan 10 Individu Terbabit Perhimpunan

Diterbitkan: Khamis, 30 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah memanggil dan merekodkan keterangan 10 individu yang terbabit dalam perhimpunan di Kuala Ibai, di sini Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata mereka termasuk individu yang dipercayai penganjur perhimpunan itu.

Polis akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Khamis.

Menurutnya polis akan menyerahkan laporan siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan itu lengkap untuk tindakan lanjut.

Khamis lalu, ribuan orang ramai dengan majoritinya golongan muda membanjiri Markas PAS Kuala Ibai bagi menyertai perhimpunan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

Perhimpunan itu turut dihadiri pemimpin pembangkang termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan