PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Bot Ekspres Karam

Diterbitkan: Khamis, 30 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELAGA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi bot ekspres karam di Jeram Tukok-Jeram Bungan, di Sungai Rajang, Selasa lepas.

Ucapan takziah itu disampaikan menerusi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim, yang berkata perdana menteri dan anggota Kabinet bersedih dengan tragedi itu.

"Semalam dalam mesyuarat mingguan Kabinet, perdana menteri begitu sedih dengan kejadian itu dan oleh yang demikian beliau mengarahkan saya untuk datang (hari ini) sebagai wakil kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita di pusat operasi gerakan mencari di sebuah pulau di tengah Sungai Rajang, di sini, Khamis.

Terdahulu semasa di pekan Belaga, beliau mengikuti taklimat di bilik gerakan dan akan mengemukakan laporan kepada menteri yang menjaga hal ehwal Majlis Keselamatan Negara Datuk Seri Shahidan Kassim untuk melihat keperluan lain dalam operasi dan menyelamat.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Belaga Liwan Lagang, dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon.

Rohani mengumumkan sumbangan RM1,500 daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada setiap keluarga mangsa yang dijumpai dan disahkan meninggal dunia.

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM300 sehari juga daripada YKN berupa sardin, mi segera, tong gas, dan beras untuk tujuan memasak ketika gerakan mencari dan menyelamat dijalankan, selain sumbangan peribadi RM3,000 bagi keperluan operasi dan menyelamat yang kini memasuki hari ketiga.

Pada majlis yang sama, beliau menyerahkan sumbangan RM10,000 masing-masing kepada Rumah Panjang Uma Tevok dan Rumah Panjang Uma Tanjong yang membantu menempatkan mangsa bot karam yang terselamat.

Sementara itu, Jabu yang mewakili kerajaan Sarawak berkata persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan semalam berjaya mengumpul RM80,000 untuk tabung mangsa bot ekspres karam itu.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah daripada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta seluruh rakyat Malaysia kepada keluarga mangsa tragedi itu.

Selain itu, Jabu mencadangkan agar MKN menyediakan perancangan luar jangka andainya tempoh gerakan mencari dan menyelamat terpaksa dilanjutkan sehingga lebih dari satu minggu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan