Malindo Air Rancang Penerbangan Enam Jam Dengan Ketibaan Boeing 787-8 Pada 2015

Diterbitkan: Khamis, 30 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malindo Air bersedia melakukan penerbangan ke Timur tengah, Asia Utara dan selatan Australia pada 2015 selepas menerima serahan tiga hingga lima pesawat penumpang Boeing 787-8 Dreamliner dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu sedang merancang menggunakan pesawat baharu pada laluan sejauh enam jam dan sedang mengkaji penerbangan ke tiga kawasan.

Katanya Malindo Air sedang menunggu pengesahan bertulis dari prinsipalnya, PT Lion Grup dari Indonesia, mengenai bilangan jet yang akan diberi bagi kegunaannya.

"Kami meminta lima pesawat. Pada peringkat awal, kami mungkin menerima tiga dan dua lagi akan diterima dari Batik Air," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pejabat tiketnya di Terminal SkyPark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini Khamis.

Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner yang mempunyai dua lorong dan berbadan lebar dikatakan berharga US$200 juta setiap satu. Batik Air, yang juga anak syarikat Lion Grup, kini terbang pada laluan domestik Indonesia.

Mengenai sama ada Malindo Air prihatin terhadap laporan mengenai isu enjin Dreamliner, Chandran berkata ia terpulang kepada Boeing untuk menyelesaikannya.

"Kami pasti Boeing boleh menyelesaikannya. Kami berkeyakinan terhadap mereka," katanya.

Chandran berkata cadangan penerbangan keluar laluan pada 2015 itu akan dilakukan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya syarikat penerbangan itu juga akan mengkaji kemungkinan menggunakan pesawat B787-8 Dreamliner ke utara China menggunakan Kota Kinabalu sebagai satu hab.

Chandran berkata syarikat penerbangan itu merancang mengembangkan rangkaiannya di dalam tiga fasa iaitu domestik, laluan penerbangan berjejari lima jam dan jarak laluan sederhana yang dijangka mempunyai jarak jejari lapan hingga sembilan jam.

"Kami kini berada pada fasa pertama. Kami ingin memastikan kehadiran kukuh di dalam negara. Kami akan terbang pada kesemua laluan di Semenanjung Malaysia dari Lapangan Terbang Subang pada fasa pertama.

"Adalah diharapkan kami akan memasuki fasa kedua pada separuh kedua tahun ini. Saya juga ingin mengulangi bahawa kami tidak akan terbang pada laluan jarak jauh," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan