Kerajaan Tidak Maaf Mana-Mana Pihak Masuk Campur Urusan Negara Lain - Anifah

Diterbitkan: Khamis, 30 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak akan memaafkan mana-mana pihak dari negara ini yang masuk dalam urusan hal ehwal negara lain, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia sentiasa menghargai hubungan kukuh dengan negara lain.

"Rakyat Malaysia di luar negara perlu menghargai aspek positif kehidupan mereka di negara tuan rumah dan melakukan kewajipan mereka untuk turut menyumbang kepada kemakmuran dan nama baik negara kita," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Pendirian Malaysia itu dinyatakan berikutan gesaan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur minggu lepas supaya meringankan hukuman terhadap 21 rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Singapura.

Sebelum ini, kumpulan rakyat Malaysia itu ditahan ketika menyertai protes di Merlion Park Singapura pada 8 dan 11 Mei berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu walaupun diberi amaran oleh pihak polis untuk tidak berbuat demikian.

Semalam, Singapura memberi amaran kepada ahli-ahli politik Malaysia supaya tidak mencampuri hal ehwal negara itu berhubung isu penahanan itu.

Kementerian Dalam Negeri Singapura dan Kementerian Luar Malaysia dan Singapura dalam kenyataan bersama berkata tindakan mendapatkan bantuan 'pihak asing' oleh mereka yang ditahan adalah percubaan mendapatkan layanan khas untuk terus mempolitikkan isu berkaitan undang-undang dan peraturan domestik di Singapura.

Anifah berkata rakyat Malaysia yang melakukan lawatan, bekerja atau menetap di luar negara harus menghormati undang-undang negara tuan rumah sama seperti rakyat Malaysia mengharapkan warga asing yang tinggal di Malaysia mematuhi undang-undang negara.

Beliau berkata ia adalah hak pihak berkuasa Singapura untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang negara itu dan kerajaan Malaysia bersedia memberi bantuan konsular selaras dengan undang-undang antarabangsa yang relevan.

Kesemua 21 penunjuk perasaan warga Malaysia itu sudah dibebaskan dan permit kerja salah seorang daripada mereka ditarik balik manakala pas lawatan dua lagi turut dibatalkan.

Pihak berkuasa Singapura juga sedang mengkaji status pas kerja baki 18 peserta demonstrasi itu.

Justeru, Anifah berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa republik itu bagi menentukan status kumpulan rakyat Malaysia itu walaupun tiada seorang pun daripada mereka telah meminta bantuan daripada pejabat suruhanjaya tinggi itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan