Keputusan Untuk Naik Bot Bawa Padah - Mangsa Terselamat

Diterbitkan: Khamis, 30 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAPIT: Keputusan menaiki bot ekspres yang sarat dengan penumpang untuk pulang menyambut Hari Gawai rupa-rupanya membawa padah bagi Nyambit Makat yang bagaimanapun terselamat selepas bot itu karam Selasa lepas.

Bercakap kepada pemberita di sini, Nyambit, 30, seorang pekerja pembersihan di empangan hidroelektrik Bakun di Belaga, begitu gembira ketika menaiki bot itu pada 7 pagi Selasa, tanpa sedikitpun mengesyaki perkara buruk akan berlaku dalam perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lima jam menghilir sungai ke Kapit.

"Saya ada bawa gaji sebulan dan sedikit manik Orang Ulu yang saya nak beri sebagai buah tangan kepada saudara mara. Tapi sekarang semuanya sudah hilang," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis di sini.

Mengimbas kembali kejadian itu, Nyambit, yang masih bujang, berkata dia duduk di bahagian luar di hadapan bot ekspres 'Kawan Mas' dan selepas kira-kira sejam perjalanan, bot itu tiba-tiba membelok untuk mengelak sebatang balak yang terapung sebelum dia terdengar bunyi hentaman yang kuat dari belakang bot.

Dia kemudian dapat merasakan bot itu mula menjadi senget dan setelah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, dia segera terjun ke sungai untuk menyelamatkan diri.

"Arus sungai sangatlah deras dan sungguhpun saya tahu berenang, agak sukar melakukannya dalam keadaan seperti ini," kata Nyambit.

Bagaimanapun, setelah berhempas pulas selama lebih 30 minit dan dibawa arus lebih satu kilometer, dia berjaya sampai ke tebing sungai dan penduduk rumah panjang Uma Tevok tidak jauh dari situ membantu memulihkannya.

Sebuah bot kemudian membawa Nyambit dan 32 lagi mangsa yang terselamat ke Kapit dan kenyataan mereka direkodkan hari ini. Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Nyambit berkata dia mengharapkan bantuan kewangan selepas kehilangan sebulan gaji.

"Sungguhpun saya terselamat dalam insiden ini, sekurang-kurangnya pihak berkuasa yang berkenaan akan menimbang nasib saya setelah kehilangan sebulan gaji tambahan pula Hari Gawai semakin hampir," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan