Hasrat Azmin Terhalang

Diterbitkan: Khamis, 30 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah memilih senarai exco beliau yang terdiri daripada tiga exco wanita dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga exco lelaki dari DAP dan empat wakil dari PAS.

Tidak mengejutkan apabila timbalan presiden PKR dan Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali tidak ada dalam senarai.

Berikutan serangan sinis terhadap Khalid dan komen bahawa Selangor tidak memerlukan menteri besar seperti Khalid yang dipanggi 'lame duck', Azmin, walaupun memegang jawatan tinggi dalam parti tidak dipertimbangkan jawatan bagi mewakili PKR untuk menerajui pentadbiran di Selangor.

Kini, apabila cita-cita Azmin untuk bergelar menteri besar telah terhalang, apa yang akan berlaku kelak?

Ahli Parlimen Gombak ini tidak dilihat secara ketara mahu menang untuk mendapat kuasa - bermula dengan pertelingkahan dengan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuannya Nurul Izzah Anwar, yang secara sinis memberi komen mengenai pemimpin pembangkang dan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai amalan "nepotisme" . Azmin, 48 tahun juga mempunyai akaun Twitter yang berasingan bagi jawatannya - @AzminAliOffice.

Senarai exco baru juga tidak mempunyai penyokong Azmin, dan terdapat cakap-cakap Azmin sedang kehilangan mereka (penyokong) berikutan komennya baru-baru ini dan helah mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor.

"Sebelum ini, mungkin beberapa anggota exco baru akan menyokong beliau," kata sumber yang rapat dengan menteri besar.

"Tetapi selepas Azmin menunjukkan warna sebenar dalam kemelut pelantikan menteri besar - memanggil pemimpin itu 'Lame duck'- Saya ragu-ragu jika mana-mana reformis sebenar yang mahu bersama-samanya lagi. Dia seorang pemimpin yang sudah tersasar," katanya.

Sumber dalaman PKR ini berkata kini kebimbangan yang sebenar ialah pilihan raya parti.

Azmin sudah memulakan kempen beliau, mendakwa nepotisme telah mengambil tempat dalam kedudukan politik Selangor dan PKR "bukan milik keluarga".

Ini adalah jauh berbeza dengan Azmin beberapa tahun lalu, yang juga sanggup dipenjara demi 'bos'nya.

Azmin rapat dengan Anwar sejak usia 23 tahun, apabila beliau berkhidmat sebagai pegawai khas Anwar pada tahun 1987 ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjadi Menteri Pendidikan.

Apabila Anwar didapati bersalah dalam kes liwat dan rasuah, Azmin adalah salah seorang daripada ahli-ahli pengasas PKR.

Tetapi sekarang sudah berbeza.

Orang dalam parti yakin bahawa hari-hari Azmin dalam parti boleh dihitung, walaupun menjadi orang kepercayaan Anwar dan dihormati ahli-ahli PKR lain seperti pemimpin sayap wanita Zuraida Kamarudin. "Semua orang tahu Wan Azizah adalah seorang ahli politik yang tegas, dan Nurul Izzah berjuang habis-habisan semasa pemilihan parti pada tahun 2010. Jika terdapat amalan nepotisme, ia adalah antara Anwar dan bekas kakitangan beliau ketika beliau dalam kerajaan, seperti Mansor Othman (Ahli Parlimen Nibong Tebal, pegawai Anwar ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri).

"Masa beliau akan sampai ke penghujungnya. Setiap yang dilakukan ada hadnya sehingga beliau terpaksa mengutuk keluarga."

Anwar menyatakan sokongan teguh beliau di belakang Khalid kerana menyokong Azmin yang merupakan 'orangnya' itu akan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Satu sumber berkata Anwar tunduk kepada kemahuan Khalid mengenai barisan exco, walaupun terdapat kemarahan ahli-ahli parti sendiri yang telah dijanjikan ganjaran atas kesetiaan mereka.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan