NGO Kesal Akhbar Berbahasa Tamil Manipulasi Gambar Perhimpunan Festival Belia Putrajaya

Diterbitkan: Rabu, 29 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Wartawan Muda Malaysia hari ini kesal dengan tindakan sebuah akhbar berbahasa Tamil memanipulasikan gambar perhimpunan Festival Belia Putrajaya 2013 kononnya sebagai gambar peserta perhimpunan anjuran pembangkang di Petaling Jaya, Sabtu lepas.

Presidennya Dzulkarnain Taib berkata akhbar itu perlu meminta maaf secara terbuka dan menggunakan ruang akhbar yang besar bagi memperjelaskan perkara sebenar.

"Sekiranya penyiaran gambar itu satu perancangan tertentu atau sengaja, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas akhbar itu.

"Jadilah pengamal media, sama ada media cetak atau media maya yang bertanggungjawab, bukan mewujudkan persepsi yang direka-reka di setiap artikel yang dikeluarkan," katanya kepada Bernama.

Isnin lepas, akhbar itu menggunakan di muka dua, gambar kehadiran pengunjung di Festival Belia Putrajaya 2013, kononnya itulah peserta yang hadir ke perhimpunan Blackout 505 dekat Amcorp Mall, Petaling Jaya, Sabtu lepas.

Sementara itu, Pensyarah Media, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka Hassan Abdul Motalip berkata kesilapan yang dilakukan oleh media memberi impak negatif kepada pembaca selain menjejaskan kredibiliti akhbar itu sendiri.

"Pembaca akan kurang yakin dengan berita yang disiarkan oleh media itu, maka wartawan dan editor perlu lebih bertanggungjawab sebelum menyiarkan sesuatu artikel," katanya.

Beliau menegaskan orang ramai masih merujuk kepada media tradisional, namun apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia pasti akan memberi impak yang besar kepada pembaca akhbar itu.

Pihak akhbar Makkal Ossai hari ini memohon maaf kerana menyiarkan gambar palsu berhubung perhimpunan pembangkang pada Sabtu lepas di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

"Kita mengaku dan akan memohon maaf ke atas siaran yang salah itu secepat mungkin," kata sumber daripada akhbar itu ketika dihubungi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan