Kes N.Dharmendran: Menteri Kesal Niat Baik Disalah Anggap

Diterbitkan: Rabu, 29 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan kesal apabila niat baiknya untuk membantu keluarga tahanan yang mati dalam lokap polis, N. Dharmendran, telah disalah faham.

Low, yang bertanggungjawab dalam hak asasi manusia dan intergriti, berkata pejabat beliau cuba menghubungi keluarga Dharmendran semalam untuk membantu berdasarkan 'hak asasi manusia'.

Langkah itu bagaimanapun disalah anggap sebagai satu cara untuk menyelesaikan isu itu di luar mahkamah, katanya.

"Ini tidak pernah menjadi hasrat kami," katanya, sambil menegaskan bahawa pihak berkuasa sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak mengenai perkara itu dalam memastikan keadilan terlaksana.

"Kami cuba untuk menjelaskan bahawa kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, tanpa mengira fahaman politik," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Naib presiden PKR N. Surendran dilaporkan mendakwa bahawa ayah Dharmendran, G. Nagayarasamy, menerima panggilan telefon daripada pejabat Low, dan panggilan itu adalah tanda kerajaan berhasrat menutup kes kematian itu.

Elemen jenayah disyaki berlaku dalam kes kematian Dharmendran, 32, yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Mei.

Polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes kematian itu selepas laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan lelaki itu dibunuh.

Polis turut menubuhkan jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membendung kejadian yang melibatkan kematian dalam lokap polis.

Low berkata pejabatnya menghubungi naib presiden PKR R. Sivarasa semalam untuk menjelaskan perkara itu.

Beliau berkata semua pihak perlu membina semula kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasa, dan hak asasi manusia serta keselamatan perlu dilindungi apabila seseorang itu berada dalam tahanan.

Beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa satu penilaian menyeluruh terhadap semua prosedur, amalan dan peraturan akan dibuat bagi memastikan pihak berkuasa mematuhinya dengan piawaian integriti yang tinggi dalam menjaga kesejahteraan mana-mana orang dalam tahanan.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Dharmendran, Low berkata beliau mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengendalikan siasatan kemungkinan berlaku rasuah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan