Himpunan Rakyat 505 Akan Diteruskan Di Empat Negeri

Diterbitkan: Rabu, 29 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siri Himpunan Rakyat 505 bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diteruskan di beberapa buah negeri di seluruh negara bermula 10 hingga 14 Jun hadapan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Johari Abdul berkata Himpunan Rakyat 505 tersebut merupakan lambang kesedaran politik rakyat yang mewakili suara majoriti 51 peratus rakyat menyokong reformasi dan perubahan di negara ini.

Ia akan bermula di Perlis pada 10 Jun, diikuti Sungai Petani, Kedah (11 Jun), Kota Baharu, Kelantan (12 Jun) dan di Batu Pahat, Johor (14 Jun).

Johari dalam sidang media di sini pada Rabu berkata, himpunan tersebut juga akan diadakan di Sabah dan Sarawak pada satu tarikh yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata himpunan berkenaan menuntut tiga perkara asas reformasi pilihan raya dipatuhi.

"Kita menuntut agar semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya meletakkan jawatan kerana kegagalan mereka memastikan PRU-13 berjalan lancar dengan telus, cekap tanpa keraguan dan memenuhi janji mereka kepada rakyat seperti tuntutan Bersih.

"Kita mahu satu pasukan anggota SPR yang baru dilantik dan dipersetujui secara bersama dengan Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili rakyat untuk merangka reformasi SPR yang lebih menyeluruh untuk dibentangkan dan dipersetujui di Parlimen kelak," katanya.

Tuntutan lain yang turut dikemukakan ialah mahukan pilihan raya semula diadakan di 30 kawasan Parlimen yang diragui serta mahu penangguhan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadan semula sehingga anggota SPR yang baru dan berwibawa dilantik mengikut persetujuan kesemua pihak mengikut consensus rakyat.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Pengarah Penganjuran Himpunan Rakyat 505 berkata Pakatan Rakyat akan terus mengadakan siri himpunan hingga kerajaan melaksanakan dan mendengar tuntutan yang mereka kemukakan.

Ditanya mengapa parti itu tidak mahu menerima kekalahan dalam PRU-13 dan bergerak ke hadapan, Johari berkata parti tidak akan bergerak ke hadapan hingga isu berkenaan diselesaikan sepenuhnya oleh kerajaan Pusat.

Beliau menggesa pihak yang mengkritik siri himpunan berkenaan turun padang dan menjadi saksi mengenai tuntutan suara majoriti rakyat Malaysia yang menuntut perubahan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan