Dr Subra Nafi Buat Sebarang Keputusan Untuk Cabar Palanivel

Diterbitkan: Rabu, 29 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Rabu menafikan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk mencabar penyandang Datuk Seri G. Palanivel bagi jawatan presiden pada pemilihan parti itu yang dijadual pada suku pertama tahun depan.

Dr Subramaniam berkata laporan berbentuk spekulasi oleh Bernama Isnin lepas hanya merupakan pandangan penulis berkenaan tanpa sebarang pengesahan.

"Penulis artikel itu seharusnya merujuk dan mendapat pandangan saya sebelum menulis laporan yang mempunyai implikasi yang meluas itu," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini.

"Ia adalah sangat tidak adil untuk mengheret Datuk Seri S. Samy Vellu dalam soal ini kerana ramai daripada kita dalam MIC masih memandang beliau sebagai pemimpin kanan yang bertanggungjawab dalam menyediakan kami ruang politik untuk meningkat," katanya.

Artikel bertajuk 'Dr Subra Bakal Cabar Palanivel Untuk Jawatan Tertinggi MIC' menyatakan bahawa Palanivel dijangka berdepan dengan cabaran sengit untuk mempertahankan kedudukannya pada pemilihan presiden.

Artikel itu turut memetik sumber sebagai berkata Samy Vellu telah memberi lampu hijau kepada Dr Subramaniam untuk mencabar Palanivel pada pemilihan parti tahun depan.

Dr Subramaniam berkata Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu memutuskan untuk menangguhkan pemilihan ke awal tahun depan dan terdapat tempoh purata selang tujuh dan lapan bulan untuk pemilihan.

"Untuk mencadangkan bahawa sepanjang lapan bulan untuk dikorbankan untuk politik parti adalah mustahil. Saya juga diberi peranan dalam kementerian baharu dan memerlukan lebih banyak masa untuk bergerak dengan agenda baharu untuk kementerian," kata Dr Subramaniam, yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan pada 15 Mei lepas.

Beliau berkata MIC kini berusaha untuk menjenama semula parti bagi memenuhi cabaran untuk kekal relevan sebagai wakil utama masyarakat India dalam kerajaan.

Melihat bahawa jentera parti itu perlu diperbaiki dan diperkukuhkan, Dr Subramaniam berkata kesalinghubungan akar umbi perlu diperkasakan semula dan terdapat begitu banyak yang perlu dilakukan antara sekarang dan pemilihan parti. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan