Tokoh Pendidikan Tan Sri Ainuddin Wahid Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Tan Sri Ainuddin Wahid
Tan Sri Ainuddin Wahid

KUALA LUMPUR: Tokoh pendidikan Tan Sri Ainuddin Wahid, 83, meninggal dunia di kediamannya di sini Selasa kerana sakit tua.

Anak sulung Allahyarham, Saifudin, 53, berkata ayahnya meninggal pada pukul 5.25 petang di rumahnya di No 3, Jalan 7, Taman Tunku Abdul Rahman (TAR), Ampang. Selain Saifudin, Allahyarham turut meninggalkan seorang anak perempuan, Aida. Isterinya, Puan Sri Rahmah Abdul Hamid meninggal dunia pada 1989.

Ainuddin, naib canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memainkan peranan penting dalam mentransformasi Maktab Teknik Kuala Lumpur (MTKL) kepada Institut Teknologi Kebangsaan pada 1972, sebelum dinaik taraf kepada UTM tiga tahun kemudian.

Beliau memegang jawatan Naib Canselor UTM sejak 1975 hingga bersara pada 1989.

Ainuddin merupakan anak Melayu pertama dilantik sebagai pengetua MTKL pada 1969. Allahyarham, anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu turut dikenali sebagai 'orang kuat' di sebalik penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama rakan senegerinya Allahyarham Aminuddin Baki, seorang lagi tokoh pendidikan negara.

Ainuddin lulusan Sarjana Muda Sains dalam bidang kejuruteraan dari Bristol University, United Kingdom pada 1956, dan kemudian mengambil ijazah lanjutan dalam bidang trafik dan kejuruteraan jalan raya di Ohio State University, Amerika Syarikat pada 1962 dengan dianugerahkan Fellowship dari International Road Federation Amerika Syarikat. Sekembalinya dari United Kingdom pada 1957, Ainuddin bertugas sebagai pembantu jurutera dengan Jabatan Kerja Raya.

Setelah menyelesaikan pengajian lanjutan di AS pada 1962, beliau dilantik sebagai pembantu jurutera untuk Lebuhraya Persekutuan Sungai Way-Klang selama setahun sebelum dinaikkan ke jawatan jurutera eksekutif kanan pada 1965.

Pada 1969 dilantik sebagai pengetua MTKL, dan apabila MTKL dijadikan institut, beliau dilantik rektor pertamanya pada 1972 dan kemudian sebagai Naib Canselor pertama UTM pada 1975.

Ainuddin, anak seorang guru besar, dibesarkan neneknya setelah kematian ibunya ketika Ainuddin berusia sembilan tahun. Beliau pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Pelajar Malaya dan Singapura di Bristol pada 1953 hingga 1955, dan merupakan ahli majlis Institut Kejuruteraan Malaysia pada 1975 hingga 1977.

Di sektor swasta, beliau pernah menjadi Pengarah Sapura Telecommunications Bhd (Sapura Telecoms) dan Pengarah Cement Industries of Malaysia.

Beliau juga merupakan pemegang gelaran Doktor Kehormat dari University of Strathclycle, Glasgow, United Kingdom; Doktor Kehormat Pendidikan Universiti Malaya; dan Doktor Kehormat Kejuruteraan UTM.

Pada tahun 2000, Ainuddin dinamakan Tokoh Ma'al Hijrah 1421.

Sebuah biografi mengenai beliau turut diterbitkan pada Sept 2011 bertajuk "Ainuddin: Pejuang Degil Melayu" yang ditulis oleh Datin Seri Fatini Yaacob dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan penubuhan "Ainuddin Wahid Endowment Fund" dengan dana RM10 juta bagi membiayai pelajar peringkat doktor falsafah di UTM untuk tempoh lima tahun. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan