Tiada Diskriminasi Halang Wanita Sertai Tenaga Kerja

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada dasar diskriminasi yang menghalang golongan wanita untuk menyertai tenaga kerja walaupun mereka berkahwin dan merancang untuk berkeluarga.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kedua-dua wanita dan lelaki yang mempunyai kualiti tinggi mempunyai peluang sama rata untuk dinaikkan pangkat.

"Dalam konteks negara kita, dalam sektor kerajaan umpamanya, saya tidak nampak seseorang yang mempunyai kualiti tidak mempunyai peluang naik pangkat walaupun sudah berkeluarga," kata Ahmad Husni, yang juga pengerusi Forum Ahli Parlimen Asia bagi Penduduk dan Pembangunan Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Persidangan Global Women Deliver ketiga.

Persidangan itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi Selasa.

Antara tetamu yang menghadiri majlis itu ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Puteri Mahkota Mary dari Denmark dan Puteri Mahkota Mette Marit dari Norway.

Ahmad Husni diminta mengulas mengenai kaji selidik bersama yang dijalankan oleh Persatuan Akauntan Bertauliah dan TalentCorp yang menunjukkan bahawa membesarkan keluarga merupakan alasan utama wanita meninggal bidang kerjaya.

Antara alasan lain ialah kurang keseimbangan hayat bekerja dan penjagaan ahli keluarga.

Terdahulu, Najib berkata penyertaan tenaga kerja wanita perlu ditambah baik bagi memastikan pertumbuhan kukuh dan mapan dalam negara.

Perdana Menteri berkata lebih banyak pekerjaan yang diselaraskan dengan keperluan wanita perlu ditawarkan bagi menggalakkan penyertaan mereka dalam tenaga kerja seperti menerusi pekerjaan dari rumah, bekerja secara sambilan atau jam kerja yang fleksibel. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan