PPR Lembah Subang II Kini Sedia Terima Penghuni – Abdul Rahman

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang II kini sedia untuk menerima penghuni baru selepas tertangguh selama lebih empat tahun.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, projek melibatkan 1,580 unit itu mungkin boleh dimulakan paling awal bulan depan.

“Saya amat gembira dapat melihat perkembangan PPR Lembah Subang II yang berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke tapak projek berkenaan pada Isnin.

Abdul Rahman berkata, penduduk yang memohon unit berkenaan akan mendapat surat tawaran mereka selepas kementerian menerima surat penilaian tanah daripada Kerajaan negeri Selangor.

Projek itu siap pada 29 April 2009. Bagaimanapun, perasmian projek berkenaan ditangguhkan kerana ia dibina di atas bekas tapak pelupusan.

Abdul Rahman berkata, beberapa pengubahsuaian dilakukan seperti “perlindungan bio” sedalam satu meter dilakukan sebelum ia sedia untuk kegunaan awam.

Projek PPR tersebut bermula pada 17 Februari 2003 yang melibatkan RM72.3 juta.

Setiap unit akan dijual pada harga RM35,000 bagi isi rumah kurang RM2,500 sebulan. Sebanyak 75 unit lagi untuk orang kelainan upaya (OKU).

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan