Polis Tubuh Jawatankuasa Khas Bendung Kematian Tahanan di Lokap

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membentuk satu jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam usaha menangani insiden kematian mengejut tahanan di lokap.

Jawatankuasa yang antara lain ditugaskan memantau tahap keselamatan dan kesihatan tahanan itu akan berkuat kuasa sejurus selepas pelancarannya dalam masa terdekat, kata Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene.

"Pucuk pimpinan polis prihatin atas beberapa insiden kematian di lokap polis. Kami memandang serius perkara ini dan ingin mencegahnya daripada berulang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Selasa.

Dua insiden kematian tahanan terbaharu melibatkan R. Jamesh Ramesh, 40, yang ditemui mati ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang Ahad lepas, sehari selepas ditahan atas kesalahan dadah.

N. Dharmendran, 32, pula mati ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas.

Dalam pada itu, Mortadza menjelaskan polis sebelum ini mewujudkan lima lokap berpusat selain mengadakan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memperbaiki keadaan dan layanan untuk tahanan.

Ia terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah Jinjang di Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Indera Mahkota (Pahang), Bayan Baru (Pulau Pinang) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Mortadza berkata kesemua lokap itu dilengkapi, antara lain, dengan kamera litar tertutup (CCTV), sistem interkom, bilik peguam, bilik mahkamah, bilik kawad cam dan ruang makan.

Beliau menjelaskan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan membolehkan pegawai perubatan memeriksa tahap kesihatan tahanan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Selain itu, lawatan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut dianjur dengan kebenaran pegawai penjaga lokap. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan