PM Ulangi Janji Turun Harga Kereta - Berita Semasa | mStar

PM Ulangi Janji Turun Harga Kereta

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat.

"Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-Allah, saya akan pastikan setiap janji ditepati," katanya dalam tweet terbaru beliau pada Selasa.

Dalam Aku Janji pilihan raya umum ke-13 lepas, Barisan Nasional berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan