Pakar Perubatan Kecemasan Akan Ditambah Setiap Tahun - Timb. Menteri Kesihatan

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah jumlah pakar perubatan kecemasan di hospital seluruh negara pada setiap tahun bagi mengendali dan merawat kes-kes kemalangan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata penambahan tenaga pakar itu perlu memandangkan Malaysia mencatat jumlah kemalangan yang tinggi.

"Buat masa ini Malaysia mempunyai lebih 120 pakar perubatan kecemasan, kesemuanya adalah lulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

"Jumlah pakar perubatan kecemasan ini masih rendah dan ia tidak mencukupi untuk merawat mangsa kemalangan khususnya mangsa kemalangan jalan raya di seluruh negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kementerian mensasarkan untuk menambah jumlah pakar berkenaan menerusi kerjasama dengan UKM, UM dan USM. Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan 'The 3rd International Clinical Conference of Emergency Medicine 2013' (ICCEM 2013) bertema 'Pengurusan Kualiti Total dalam Aliran Klinikal Perawatan Kecemasan dan Trauma..Satu Proses Transformasi'.

Persidangan tiga hari itu bermula hari ini dianjurkan oleh Malaysia Society for Traumatology and Emergency Medicine (MSTEM) dengan kerjasama The Malaysia College of Emergency Physicians (MCEP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Seramai 500 peserta dari dalam dan luar negara menghadiri persidangan itu.

Turut hadir Presiden MSTEM dan MCEP yang juga Pengerusi ICCEM 2013, Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah.

Mengenai persidangan itu, Dr Hilmi berkata kehadiran penceramah tempatan dan antarabangsa yang pakar dalam bidang perubatan kecemasan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para perserta. Persidangan itu tidak saja membentangkan kertas kerja seperti kebiasaan tetapi juga membentangkan kes-kes yang pernah dikendalikan pakar perubatan kecemasan dari dalam dan luar negara. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan