MIC W.P Sokong SaravananTanding Jawatan Presiden Atau Timb. Presiden

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC Wilayah Persekutuan akan memberi sokongan padu kepada pengerusinya Datuk M. Saravanan sekiranya beliau berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden MIC pada pemilihan parti tahun depan.

Setiausahanya, S. Rajah berkata Saravanan, yang juga Naib Presiden MIC, layak untuk menyandang jawatan nombor dua dalam parti berdasarkan pengalamannya.

Selain jawatan Timbalan Presiden, beliau mendakwa kesemua 12 bahagian MIC Persekutuan juga akan menyokong sekiranya Saravanan mahu bertanding jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri G. Palanivel.

"Beliau (Saravanan) bermula dari peringkat akar umbi...maka orang seperti ini yang boleh mendekati dan menyelami denyut nadi segenap lapisan anggota parti serta mendengar suara anak muda," katanya dalam sidang media di ibu pejabat MIC di sini, Selasa.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang menyatakan bahawa Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Menurut sumber dalaman parti, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, juga membayangkan hasrat untuk merebut jawatan presiden.

Kali terakhir pemilihan presiden diadakan ialah pada Mac 2009 untuk penggal tiga tahun dan penyandang Datuk Seri S. Samy Vellu menang tanpa bertanding.

Pada Disember 2010, Samy Vellu secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang disandangnya sejak 31 tahun lalu dan menyerahkan jawatan berkenaan kepada Palanivel yang merupakan timbalannya pada masa itu.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC baru-baru ini memutuskan pemilihan parti bagi semua peringkat akan diadakan pada suku pertama tahuan depan manakala pemilihan presiden akan diadakan tiga bulan sebelum pemilihan untuk jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota CWC. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan