Banduan Mati Dalam Lokap Disahkan Hidap Kerosakan Hati

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan kematian banduan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Ahad berpunca daripada kerosakan hati.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Mohd Salleh berkata punca kematian R. Jamesh Ramesh, 40, disahkan pihak hospital setelah bedah siasat selesai dijalankan.

"Hasil keputusan bedah siasat, Jamesh Ramesh disahkan meninggal dunia kerana kerosakan hati. Tiada kecederaan dan unsur jenayah ditemui pada mayatnya," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata polis turut merekod keterangan daripada beberapa tahanan yang berada dalam sel sama dengan lelaki itu dan menurut mereka suspek berada dalam keadaan khayal sepanjang malam.

Jamesh Ramesh yang ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah ditemui mati dalam lokap IPK pada 10.30 pagi, semalam.

Kematian lelaki itu disedari ketika anggota polis mengejutkannya dari tidur untuk dibawa ke mahkamah bagi tujuan reman.

Penganggur yang turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan samun itu, ditahan polis di hadapan Balai Raya, Jalan Patani di sini selepas ujian air kencing mendapatinya positif dadah jenis morfin pada Sabtu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan