Pakatan Rakyat Desak MAHB Umum Tarikh Penyiapan & Kos Sebenar KLIA2

Diterbitkan: Isnin, 27 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendesak Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk mengumumkan tarikh akhir penyiapan projek KLIA2 dan kos pembinaan terminal penerbangan tambang murah baharu itu yang sebenar.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berkata, MAHB sebelum ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai berlaku kelewatan dalam menyiapkan pembinaan terminal itu.

"Penyiapan terminal itu telah ditangguhkan sebanyak lapan kali sejak 20 Oktober 2009. Pada 28 Mac lalu, MAHB mengesahkan projek tersebut akan disiapkan mengikut jadual.

"Namun pada 7 Mei, penyiapan terminal itu terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang masih belum ditentukan. Pada 14 Mei, Pengurus Besar Eraman, Fawzy Ahmad memberitahu KLIA2 hanya akan siap sepenuhnya menjelang suku keempat 2013," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menunjukkan beberapa gambar kerja-kerja pembinaan di KLIA2 yang diambil pada minggu pertama bulan ini.

Beliau turut menyuarakan rasa tidak yakin terminal tambang murah terbaharu itu dapat disiapkan menjelang hujung tahun ini.

"Saya tidak terkejut jika KLIA2 hanya akan dirasmikan pada 28 Jun 2014, sempena sambutan ulang tahun ke-16 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya.

Sementara itu, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua memberitahu beliau akan cuba mengatur pertemuan dengan MAHB untuk meminta penjelasan berhubung perkara itu.

"Projek itu yang pada awalnya dianggarkan bernilai RM1.7 bilion pada 2007 dijangka mencecah RM4 bilion berdasarkan suatu anggaran rasmi yang diberikan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri tahun lalu.

"Dengan penangguhan terbaru itu, tidak mustahil kos akhir projek akan meningkat sehingga RM4.5 bilion atau RM5 bilion," katanya.

Sehubungan itu, Tony turut turut meminta Kementerian Pengangkutan untuk melakukan proses audit terhadap projek pembinaan KLIA2.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek KLIA2 yang bernilai bilion ringgit dijangka siap pada Mei ini.

"Kami menjadualkan ia akan siap pada bulan Mei. Saya memang berhasrat agar kami tidak terburu-buru dalam merasmikan KLIA2 (sehingga benar-benar bersedia).

“Namun sememangnya kami mensasarkan bahawa tarikh perasmian KLIA2 pada bulan Jun juga memandangkan KLIA juga dirasmikan pada 28 Jun (1998),” kata Najib.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan