MIC Akan Bincang Cadangan Bergabung Dengan PPP, IPF & Makkal Sakthi - Palanivel

Diterbitkan: Isnin, 27 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC akan duduk semeja dengan parti-parti politik mewakili kaum India atau mempunyai ramai anggota dari kaum itu seperti Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) dan Makkal Sakthi dalam waktu terdekat untuk membincangkan kemungkinan kesemua parti berkenaan bergabung.

Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata penggabungan tersebut bertujuan membolehkan kerjasama terjalin di antara kesemua parti politik yang terlibat demi kepentingan dan pembangunan masyarakat India di Malaysia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Cadangan untuk menggabungkan kesemua parti ini dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Jumaat lalu.

"Cadangan berkenaan akan saya kongsi bersama parti politik mewakili kaum India yang lain dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Tamil Malaysia Ke-51 di sini, Ahad.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan cadangan tersebut perlu dibincangkan dulu bersama parti-parti politik terlibat sebelum sebarang keputusan diambil.

Mengenai Persatuan Penulis Tamil Malaysia, Palanivel berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju memberikan peruntukan berjumlah RM100,000 kepada persatuan berkenaan.

"Buat masa ini persatuan ini hanya menunggu peruntukan tersebut mendapat kelulusan," katanya.

Setiausaha persatuan tersebut A.Gunanathan berkata persatuan akan mengadakan sambutan jubli emas pada tahun ini.

Persatuan Penulis Tamil Malaysia mempunyai 1,500 anggota di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan