Jangan Bawa Politik Dalam Pendidikan - Mary Yap

Diterbitkan: Isnin, 27 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan yang baru dilantik Datuk Mary Yap Kain Ching pada Isnin berkata, beliau komited dalam memastikan Kementerian Pendidikan bebas daripada pengaruh politik.

Beliau berkata, komitmen sedemikian penting kerana beliau melihat pengaruh negatif secara meluas terhadap generasi muda agar mereka tidak menghargai usaha yang telah dijalankan kerajaan, adalah benar-benar membimbangkan.

"Sebagai pendidik dan timbalan menteri, saya tidak suka membawa masuk politik ke dalam pendidikan kerana kami di sini untuk mendidik generasi muda.

"Ia membimbangkan saya, apabila mendapati budaya mempengaruhi generasi muda untuk tidak menghargai apa yang kerajaan lakukan, ia benar-benar membimbangkan dan saya tidak mahu mengulas tentang itu," jawab beliau ketika ditanya sama ada beliau menganggap dirinya sebagai pemimpin kaum Cina untuk Barisan Nasional (BN) dan pandangan beliau mengenai laporan Malay Mail baru-baru ini yang bertanya "What More The Chinese Want".

Yap ditemui selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Pendidikan Digital Education Show Asia 2013, di sini Isnin.

Menjawab kepada satu soalan, sama ada beliau menganggapnya dirinya sebagai mewakili masyarakat Cina di dalam Kabinet, Yap berkata soalan sedemikian telah beberapa kali diajukan kepada beliau, sejak dilantik sebagai timbalan menteri.

"Saya telah bekerja di Kementerian Pendidikan sejak 36 tahun lalu, berinteraksi dengan semua kaum. Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai Cina tetapi saya seorang rakyat Malaysia.

"Saya rasa ia tanggapan konsep 1Malaysia. Apabila anda bercakap tentang mewakili kaum Cina, apa-apa isu berkaitan pendidikan Cina, anda bawakan kepada saya, ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya untuk mendalaminya," tambah beliau.

Mengenai beliau tidak boleh berbahasa Mandarin, Yap berpendapat ia bukanlah satu isu.

"Kalau saya tidak fasih (Bahasa Mandarin), ini tidak bermakna saya tidak faham tentang pendidikan Cina atau latar belakangnya. Maklumat berkaitan sistem pendidikan Cina juga ada dalam Bahasa Inggeris atau dalam Bahasa Malaysia. Dan saya boleh baca mengenainya. Saya pandai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan saya ada pegawai-pegawai yang berpengalaman untuk membantu saya," katanya.

Tambah Yap, pegawainya akan berperanan memberi nasihat dan membaca akhbar Cina serta menyampaikan segala maklumat mengenai apa yang dilaporkan.

"Ramai pemimpin di dunia yang tidak fasih Bahasa Inggeris tapi kerana mereka ada satu pasukan yang kuat dan penterjemah mereka boleh memimpin negara mereka dengan begitu berkesan dengan pembangunan dan kemajuan yang amat membanggakan.

"Jadi isu saya tidak boleh berbahasa Cina tidak sepatutnya menjadi satu isu dan kalau masih dijadikan isu, ini sangat tidak adil," kata Yap. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan